BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 29, 2010

Adakah anda Sahabat Sejati??..

Hari nie aku rasa cam nak bagi kuiz je..haha..


1. Sahabat baik kamu mengajak kamu menonton wayang, sedangkan sebelum ini sudah beberapa kali dia mempelawa kamu namun membatalkannya di saat akhir. Tindakan kamu..

a). Boleh saja...tapi dia yang belanja!
b). Menolak pelawaannya kerana takut nanti cancel lagi.
c). Terima pelawaannya dan memaafkan sahaja apa yg dilakukannya sebelum ini.

2. Ketika menghadiri satu majlis kamu telah berjumpa dan berbual dengan si dia idaman hatimu. Ketika itu sahabat yang menemanimu resah-gelisah mahu beredar. Tindakan kamu...

a). Kamu dan si dia hanya bertukar nombor telefon dan terus berlalu bersama sahabat kamu.
b). Meminta sahabatmu pulang bersama rakan yang lain.
c). Terus beredar pulang bersama rakan kamu selepas mengucapkan selamat tinggal kepada si dia..

3. Berapa kerapkah kamu dan sahabat berbalas mesej?

a). Seminggu sekali..itupun sebab nak ajak keluar pada hujung minggu.
b). Kadang2..sekadar nak meluahkan perangai kekasih yang menyakitkan hati..
c). Setiap hari!!

4. Kamu dan rakan berebut jawatan yang sama dalam persatuan di kolej/di tempat kerja. Tindakan kamu..

a). Oppss!! Kamu berasa pelik kenapa harus menjadi begitu..
b). Tarik diri daripada merebut jawatan itu..
c). Apa salahnya..itu persaingan yang sihat..

5. Tolong angkat barang,pinjam pakaian,minta dibelanja..Berapa kerapkah kamu berbuat begitu terhadap sahabat kamu??

a). Tidak sekali2..kerana kamu malu untk meminta itu dan ini..
b). Jika dia tidak kisah..saya okey je..
c). Ya..kami tidak berkira dalam segala hal..

6. Bagi kamu sahabat itu ibarat..

a). Patah tumbuh hilang berganti..Jika tiada dia, ramai lagi yang boleh menjadi sahabat kamu..
b). Kekasih kedua..Silap perhitungan,kita boleh kehilangannya..
c). Macam keluarga..saling memahami dan sejiwa..

7. Sahabat kamu meminta kamu mengambilnya di stesen LRT setiap kali dia pulang dari kampung. Tindakan kamu..

a). Tengoklah dulu ya..
b). Boleh..tapi pada hari tertentu sahaja..
c). Boleh,tapi jika kamu ada kelapangan..

Markah..
-Setiap jawapan (a), kira 1 markah..
-Setiap jawapan (b), kira 2 markah..
-Setiap jawapan (c), kira 3 markah..

Penilaian..

[15 markah dan ke atas..]
-Kamu memang kamceng!! Kamu memang rakan terbaik..tak pernah merungut dan berkira..sanggup berkorban apa saja demi sahabat anda..Kamu dan rakan sebenarnya 'satu kepala'

[14 markah dan ke bawah]
-Hanya teman rapat..Kamu berdua memang baik..tetapi dalam hal2 yg tertentu sahaja..boleh bertukar-tukar pendapat dan idea..masih berahsia antara satu sama lain..

[7 markah dan ke bawah]
-Semuanya topeng belaka!! Anda berdua penuh dengan syak wasangka..hanya rapat dalam satu hal..diperlukan apabila perlu sahaja..yang paling penting kalian masih mempunyai rasa cemburu yg membuak2..

1 comments:

gee muhammad said...

haha.. aku pernah baca artikel tok