BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 30, 2010

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA sesi akademik 2010/2011

Esok..bertarikhkan 1 Mei 2010..menandakan bermulanya bulan Mei..bulan yang bakal mengakhiri "percutian" hampir kesemua lepasan SPM 2009..


Aku harap aku dapat tawaran kursus yg aku minat..yg aku mohon beberapa bulan lepas..

Antara kursus yang aku mohon ialah:
-Diploma Farmasi (UiTM)
-Diploma Seni Kulinari (UiTM)
-Diploma Kejuruteraan Kimia (UiTM)
-Diploma Sains (UiTM)
-Diploma Teknologi Makmal Perubatan (UiTM)
-Diploma Pengurusan Hotel (UiTM)
-Asasi Sains Hayat (UM)
-Asasi Sains Hayat (Unimas)

Kebanyakannya UiTM sebab tawaran yang ada dari U lain memang boring..hanya UiTM je la yg mmpunyai banyak pilihan..rambang mata nak pilih..tapi yg best nya..walaupun aku bekas pelajar aliran sains..ntah dari mana pulak dtg Seni Kulinari dan Hotel Management tue..ahaha!! nak kata aku ada belajar ERT..tak pulak..
Tapi aku memang bercita2 nak kerja kat hotel..hahaha!!setakat housekeeping dan pak guard tue..malam ckit la ekk..hahaha..

Thursday, April 29, 2010

Adakah anda Sahabat Sejati??..

Hari nie aku rasa cam nak bagi kuiz je..haha..


1. Sahabat baik kamu mengajak kamu menonton wayang, sedangkan sebelum ini sudah beberapa kali dia mempelawa kamu namun membatalkannya di saat akhir. Tindakan kamu..

a). Boleh saja...tapi dia yang belanja!
b). Menolak pelawaannya kerana takut nanti cancel lagi.
c). Terima pelawaannya dan memaafkan sahaja apa yg dilakukannya sebelum ini.

2. Ketika menghadiri satu majlis kamu telah berjumpa dan berbual dengan si dia idaman hatimu. Ketika itu sahabat yang menemanimu resah-gelisah mahu beredar. Tindakan kamu...

a). Kamu dan si dia hanya bertukar nombor telefon dan terus berlalu bersama sahabat kamu.
b). Meminta sahabatmu pulang bersama rakan yang lain.
c). Terus beredar pulang bersama rakan kamu selepas mengucapkan selamat tinggal kepada si dia..

3. Berapa kerapkah kamu dan sahabat berbalas mesej?

a). Seminggu sekali..itupun sebab nak ajak keluar pada hujung minggu.
b). Kadang2..sekadar nak meluahkan perangai kekasih yang menyakitkan hati..
c). Setiap hari!!

4. Kamu dan rakan berebut jawatan yang sama dalam persatuan di kolej/di tempat kerja. Tindakan kamu..

a). Oppss!! Kamu berasa pelik kenapa harus menjadi begitu..
b). Tarik diri daripada merebut jawatan itu..
c). Apa salahnya..itu persaingan yang sihat..

5. Tolong angkat barang,pinjam pakaian,minta dibelanja..Berapa kerapkah kamu berbuat begitu terhadap sahabat kamu??

a). Tidak sekali2..kerana kamu malu untk meminta itu dan ini..
b). Jika dia tidak kisah..saya okey je..
c). Ya..kami tidak berkira dalam segala hal..

6. Bagi kamu sahabat itu ibarat..

a). Patah tumbuh hilang berganti..Jika tiada dia, ramai lagi yang boleh menjadi sahabat kamu..
b). Kekasih kedua..Silap perhitungan,kita boleh kehilangannya..
c). Macam keluarga..saling memahami dan sejiwa..

7. Sahabat kamu meminta kamu mengambilnya di stesen LRT setiap kali dia pulang dari kampung. Tindakan kamu..

a). Tengoklah dulu ya..
b). Boleh..tapi pada hari tertentu sahaja..
c). Boleh,tapi jika kamu ada kelapangan..

Markah..
-Setiap jawapan (a), kira 1 markah..
-Setiap jawapan (b), kira 2 markah..
-Setiap jawapan (c), kira 3 markah..

Penilaian..

[15 markah dan ke atas..]
-Kamu memang kamceng!! Kamu memang rakan terbaik..tak pernah merungut dan berkira..sanggup berkorban apa saja demi sahabat anda..Kamu dan rakan sebenarnya 'satu kepala'

[14 markah dan ke bawah]
-Hanya teman rapat..Kamu berdua memang baik..tetapi dalam hal2 yg tertentu sahaja..boleh bertukar-tukar pendapat dan idea..masih berahsia antara satu sama lain..

[7 markah dan ke bawah]
-Semuanya topeng belaka!! Anda berdua penuh dengan syak wasangka..hanya rapat dalam satu hal..diperlukan apabila perlu sahaja..yang paling penting kalian masih mempunyai rasa cemburu yg membuak2..

Wednesday, April 28, 2010

K.L.M.J.

K.L.M.J.=Kenangan lama mengusik jiwa..
Tapi..situasi aku sekarang ni bukan kenangan lama mengusik jiwa..tapi LAGU lama mengusik jiwa..aku kan remaja..haha!! So lagu lama bagi aku ialah lagu2 zaman KRU..Indigo..Elite.. Hahahaha!!
Nie semu penangan Hotel Mania lah nie..aku mula ketagih tengok cerita nie start minggu lepas..yang dulu2 aku tgok sepintas lalu je..tapi nie kalau tak iklan,jgn haraplah aku nak tukar channel lain..haha!! Last week punya episod, Si Ryzal nyanyi lagu KRU-Apa Saja..aku pun..punya la layan giler..dahla lagu baek punya..tambah plak Si Ryzal yang nyanyi..hahaha!!




Hensem..ahaha!!

Dah tu plak this week Si Adiwira (Anding) bawak plak lagu Indigo-Istimewa..fuhh..lagi lah layan..hahaha!! Malam tadi aku dok sorang2 kat luar rumah sambil layan lagu:-

  • Apa Saja-KRU
  • Jangan Lafazkan-KRU
  • Istimewa-Indigo
  • Inikah Ertinya Cinta-KRU
  • Untukmu-KRU
  • Tiada ku menduga-Elite
  • Kini-Feminin
  • Fiona-4u2c
  • Sehidup Semati-Indigo ft Juliana Banos..

Wahhh..aku memang rasa nak nangis..tangkap jiwang do mlm tadi..hahaha!! Hari ini aku nak dengar lagu Boyzone,Westlife,Backstreet Boys lah plak..kalau da lagu2 best lain..share2 lah kat aku ek..haha!!

Wednesday, April 21, 2010

Apa penghujung citer nih??

Korang ada tgok Asmaradana yg ditayangkan kat slot samarinda kat TV3 tu tak?? Aku mmg minat kat drama nie..sedih tengok Azizah(Tiz) tak kawen ngan Amran (Shaheizy Sam).







Tiz Zaqyah



Shaheizy Sam



Iqram



Puteri Sarah Liyana..


Walaupun episod minggu nie watak Amran cam jahat je..sebab die nak balas dendam kat family Norish..tapi..aku tetap kasihan kat Amran..setelah apa yang Amran lalui sebelum nie..korang rasa last2 citer nie macam mana?? Adakah Amran akan masok penjara..atau..Amran masok hospital sakit jiwa..atau Amran mati..hrmmm..

Thursday, April 1, 2010

*HIK*HIK*HIK*

Umur aku nak mencecah 18..tapi sepanjang 18 tahun ni..aku tak pernah menjejakkan kaki kat bumi Sunway Lagoon..hehe..bukan aku tak pernah pergi KL..pernah..tapi..masalahnya..setiap kali pergi Bandar Sunway..adik2 aku mesti nak pergi main ice-skating..aku pulak naik lenguh dah asyik tergelincir kat atas ais yg maha sejuk tu..tapi..tahun ni aku awal2 lagi dah buat aduan kat 'Big Boss' yg aku nak pergi Sunway Lagoon..hahahaha!!!Aku tak kira..aku mesti pergi jugak kat tempat keramat tue..asyik tengok budak2 kat tv tu jer yg enjoy2 kat Sunway Lagoon..aku pun nak jugak..(=.=') tak puas ati nie..hak3!! Tak sabar aku nak brangkat pergi ke KL mnggu depan..haha..ada lebih kurang sminggu lagi..(budak nie asyik lbih kurang semnggu je dri mnggu lepas..) tapi ni betul2 seminggu..ahahaa..



Here I Come!!!






Aku nak main gelongsor nie..hahahaha!!





Tapi..aku gerun nak naik rollercoster..Pirate ship..aku takut la..tapi 'Big Boss' mesti paksa aku main..sbb aku beriya2 yg nak prgi sini..hahaha..nasib..nasib...